Akademi Teknologi DS (Akademi DS) merupakan pusat pendidikan Sains Komputer, Robotik, teknologi yang dimiliki oleh bumiputera sepenuhnya.
Beroperasi sejak 2016 dan berpusat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi Selangor.
Pelajar
Kurikulum
Jaringan Industri
Pengajar
Akademi DS telah diiktiraf sebagai Digital Maker Hub (DMH) yang berfungsi sebagai pusat pendidikan STEM dan latihan kemahiran digital buat komuniti di Kajang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya.
Sebagai rakan kerjasama inisiatif #mydigitalmaker, Akademi DS komited dengan melaksanakan pelbagai aktiviti bersama masyarakat.
Akademi DS menjalankan latihan dalam bentuk kelas, kem atau seminar. Samada untuk komuniti, sekolah atau korporat.
Seawal usia tujuh tahun, remaja, sehinggalah dewasa dan profesional, semuanya boleh menyertai program Akademi DS.