Logo-Akademi-DS-2-05.svg
  • Utama
  • Program
  • Kenali
  • Blog
  • Galeri
  • Hubungi
Menu
  • Utama
  • Program
  • Kenali
  • Blog
  • Galeri
  • Hubungi

5 Aktiviti Menarik yang Merangsang Minda Anak-Anak

Tahukah anda, pada lima tahun terawal dalam usia kanak-kanak, perkembangan otak mereka digunakan sehingga hampir 90 peratus! Dan dalam jangka masa pendek ini, sel-sel dalam otak mereka akan berhubung dalam kadar 700-1000 per saat!

Menakjubkan, bukan? Jadi disebabkan itu, adalah penting untuk kita memaksimumkan kebolehan pembelajaran anak kita setiap hari, terutamanya dalam fasa umur begini.

Di sini saya kongsikan beberapa aktiviti yang mudah dan ringkas, yang boleh dilakukan setiap hari untuk membantu merangsang perkembangan minda anak-anak anda.

1) MEMBINA BLOK ATAU LEGO

Blok dan lego merupakan antara permainan yang sangat signifikan terutamanya pada zaman kanak-kanak. Mereka akan leka berimaginasi membina apa jua yang kami bayangkan – sama ada kereta, istana, rumah atau apa saja.

Sebenarnya dengan bermain lego atau blok, ia dapat membentuk koordinasi mata dan tangan serta skil motor dan spacial anak-anak selain dari mempupuk kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Ibu bapa juga boleh turut serta bermain bersama mereka. Dengan cara ini, ibu bapa boleh menggalakkan komunikasi dan semangat kerja berpasukan dalam diri mereka sejak awal lagi.

2) BERKEBUN

Bermain dengan tanah! Semua kanak-kanak gemarkannya.

Biarkan saja mereka kotor dengan tanah kerana ini membantu mereka bereksperimen dan menguatkan sistem imun mereka.

Ajar mereka berbakti dengan tanah. Mereka pasti akan teruja melihat pokok yang semakin hari semakin besar, berbunga dan berbuah. Beri mereka menikmati hasil tanaman mereka.

3) MENGAJAK ANAK MEMBANTU DI DAPUR

Terimbau kenangan semasa zaman kanak-kanak dahulu. Ibu suka mengajak saya menolongnya di dapur terutamanya apabila dia membuat kek, biskut atau kuih. Saya berpelung untuk mereka sendiri corak biskut yang saya mahukan.

Apabila siap dibakar, walaupun kuih/biskut saya tidak secantik kepunyaan mak saya, tetapi saya rasa sangat berpuas hati dan bangga dengan hasil kerja saya. Saya rasa tidak sabar untuk menolong mak dimasa hadapan.

Semasa anak-anak membantu anda di dapur, ibu boleh mengajar anak-anak mengira, membersih, menggaul, mengenali jenis barang masakan di dapur dan macam-macam lagi! Benar, tempoh memasak akan menjadi lebih lama dan renyah. Tetapi bayangkan keseronokan dan kepuasan yang bakal anak anda dapat hasil dari aktiviti ini.

Percayalah, tidak ternilai!

4) MEMPERDENGARKAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN

Pernahkah anda terbaca perkongsian seorang ibu baru-baru ini bahawa anaknya yang baru berumur 3 tahun tetapi sudah mampu menghafal dengan baik 25 surah dalam al-Quran? Tips ibunya, dia hanya memperdengarkan bacaan ayat al-Quran 24 jam pada anaknya walaupun anaknya sedang tidur.

Sudah saya nyatakan, minda dan otak anak kita adalah sangat cekap terutamanya diawal usianya. Selain memupuk sifat baik dalam dirinya, memperdengarkan bacaan al-Quran boleh menguatkan lagi memorinya.

Anak anda juga akan digalakkan untuk menangkap cara sebutan dan bunyi yang betul – penting untuk kemahiran komunikasi dan literasinya.

5) SOLAT BERSAMA-SAMA

Umum mengetahui solat adalah tiang agama. Dengan mengajak anak solat bersama-sama sejak kecil, anda boleh menerapkan betapa pentingnya solat pada mereka. Solat bersama juga boleh mengukuhkan kasih sayang anda dan anak-anak.

Mengajar anak solat boleh menguatkan daya ingatan beliau. Jangan memaksanya mengikut sehingga habis solat. Asalkan anak anda berada berhampiran semasa solat sudah memadai. Lama kelamaan, dia akan mula mengikut sedikit demi sedikit setiap pergerakan anda.

Solat bersama juga boleh mendedahkannya dengan surah mudah dalam al-Quran. Jika dilakukan setiap waktu, inshaAllah anak anda boleh menghafal sedikit demi sedikit surah-surah tersebut.

Kesimpulan

Walau apa pun anda cuba terapkan pada anak anda, kunci utama adalah bermula dari diri anda sendiri. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya menunjukkan contoh yang baik padanya – barulah anak anda mudah untuk mengikut apa yang anda mahukan.

Jangan lupa, anak-anak anda adalah cerminan diri anda sendiri. Jika semuanya tidak bermula dari anda, usaha untuk menyuruhnya melakukan apa sahaja akan berakhir dengan kegagalan. Jadilah contoh yang terbaik untuk anak-anak anda.

Sumber 1: Bidadari.my
Sumber 2: The Asian Parents

Leave a Comment Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

Test Program

Read More »

5 tips bantu anak menggunakan gajet dan teknologi untuk belajar

Read More »

Drones Can Be Fun and Educational

Read More »

Follow Us

Akademi

  • Utama
  • Program
  • Galeri
  • Blog
  • Hubungi

Sosial

  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn

© 2020 Akademi Teknologi DS

  • Log In

Selamat kembali, kami rindu!