Bayangkan suatu hari nanti dunia kini akan berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan. Kereta tanpa pemandu dan pengguna pelancongan angkasa menjadi bualan. Pelbagai teknologi ciptaan manusia telah mengambil tempat dalam segenap hidup masyarakat. Memandangkan teknologi kian berkembang dan masyarakat lebih mahir dalam teknologi, terdapat 10 pekerjaan yang akan menghilang dalam beberapa tahun akan datang.
1) Wartawan
Media tradisional seperti surat khabar menjadi kurang releven setelah adanya jawatan penulis blog dan platform berita atas talian. Ramai penulis bebas telah menulis di platform atas talian sehingga mampu bersaing dengan penulis terkenal. Dalam masa yang sama pulangan pengiklanan juga semakin menurun memberi kesan negatif kepada kadar pelaburan kepada staf tetap.
2) Tukang Kayu
Kini kita sedang ke arah pendigitalan dan persekitaran hijau yang lebih mampan, tukang kayu juga menjadi suatu pekerjaan yang kian hilang dengan unjuran sebanyak 9% dalam pekerjaan menjelang 2022. Pada tahap tertentu, semua tenaga kerja masa kini akan digantikan dengan teknologi canggih.
3) Pramugari
Syarikat penerbangan sedang berlumba-lumba untuk lebih kompetetif dan mengurangkan pelbagai kos yang memungkinkan keuntungan meningkat. Oleh itu, banyak tugasan telah digantikan dengan teknologi canggih seperti setiap pesawat dilengkapi dengan kelengkapan sanggih seperti skrin untuk penerangan keselamatan di dalam pesawat, peralatan keselamatan automatik yang canggih.
4) Penghantar Surat
Bila kali terakhir anda menggunakan khidmat penghantar surat? Atau membayar bil-bil dengan menggunakan khidmat mereka? Pasti sudah bertahun? Pekerjaan ini dijangkakan akan berkurangan sehingga hanya 28% sahaja akan kekal pada dekad akan datang. Meskipun ada yang berpendapat kos minyak dan kos untuk mengambil lesen motosikal sebagai penghantaran mel cepat masih murah di Texas, membayar gaji sekitar $53,100 setahun menjadi beban kepada pembekal perkhidmatan disebabkan kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan.
5) Perpustakwan
Sekiranya anda pernah menulis kertas penyelidikan, pasti anda tahu betapa berharganya mereka. Merekalah yang sering membantu membetulkan format sumber rujukan, mencadangkan penambahbaikan isi kandungan supaya menjadi lebih baik, dan membantu mencari sumber tambahan dalam koleksi perpustakaan dengan mudah. Walau bagaimanapun, mereka masih tidak pantas dan berkesan seperti mana-mana enjin pencarian. Tambahan pula, universiti-universiti terkemuka telah mengalihkan perkhidmatan perpustakaan ke dalam talian.
6) Tukang Masak Makanan Segera
Adakah sudah tiba masanya burger kita akan disediakan oleh robot? Seperti yang dinyatakan Forbes, dalam satu dekad lagi dianggarkan sekurang-kurangnya 3.6% penurunan pekerjaan untuk tukang masak berkemahiran rendah yang mana dapat digantikan oleh teknologi masakan yang canggih.
7) Pemeriksa dan Pengumpul Cukai
Sebaik sahaja pembayaran bil utiliti dan cukai telah dialihkan kepada digital kerana kebanyakan syarikat telah memilih untuk menggunakan teknologi bagi menyelaraskan proses pemeriksaan dan pengumpulan cukai bukannya menggaji pekerja tambahan dengan gaji $50,440 setiap tahun.
8) Pemandu Teksi
Dengan peningkatan penggunaan aplikasi seperti Uber dan Lyft, bersama dengan perkongsian kereta dan juga perkhidmatan perkongsian basikal, pemandu teksi akan menjadikan pekerjaan yang akan pupus dan digantikan dengan aplikasi yang lebih pintar yang mana mampu menghantar kereta di mana mereka perlu pergi.
9) Petani
Tidak. Ini tidak bermakna bahawa semua makanan kita akan dihasilkan dengan beberapa klik pada mesin pencetak 3D. Walau bagaimanapun, petani lebih sedikit yang diperlukan bagi membajak gandum setiap tahun kerana kemajuan teknologi dan cara baru untuk menanam tanaman yang lebih besar dengan tenaga kerja yang sedikit diperlukan.
10) Agen Pelancongan
Adakah anda masih memerlukan ejen pelancongan khusus untuk membeli tiket dan merancang jadual perjalanan anda? Dengan adanya Bing Travel, Google Flights, Kayak, Skyscanner dan beberapa enjin carian penerbangan lain yang membandingkan harga setiap tiket menjadikan carian menjadi semudah 1, 2, 3.. Sama seperti tempahan bilik yang mana dapat dicari dengan adanya Airbnb yang mampu memberikan bilik yang terbaik buat anda. Anda juga dapat membaca blog-blog yang membuat perkongsian tentang perjalanan dan jadual perjalanan ke tempat-tempat menarik berdasarkan pengalaman mereka.
Jadi, adakah anda rasa masih berpeluang untuk melihat pekerjaan-pekerjaan ini pada 10 tahun akan datang?
Sumber rujukan: Lifehack